SUPER CREATIVE DESIGNER COMPETITION

Salam 1 Malaysia,

Kami sangat berbesar hati untuk menjemput SEMUA PELAJAR UTHM untuk menyertai
SUPER CREATIVE DESIGNER COMPETITION
-FUTURISTIC + ARTISTIC-
(MEREKABENTUK CENDERAMATA UTHM)
bersempena Pesta Konvokesyen UTHM KE-11. Berikut merupakan maklumat lanjut pertandingan.


SYARAT- SYARAT PENYERTAAN:

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa/i Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang sedang mengikuti pengajian Diploma ataupun Sarjana Muda dari mana-mana fakulti/pusat pengajian.

2. Urusetia pertandingan adalah DILARANG sama sekali untuk menyertai pertandingan ini.

3. Peserta boleh menyertai pertandingan ini secara individu ataupun berkumpulan (tidak melebihi 4 orang ahli kumpulan)

4. Peserta dikehendaki untuk mengisi borang pendaftaran peserta melalui dalam talian (online) di alamat http://goo.gl/cLKMp .

5. Setiap pendaftaran hanya dibenarkan menghantar SATU (1) rekabentuk SAHAJA.

6. Peserta dikehendaki untuk peka kepada tarikh-tarikh yang berikut:
  • Pendaftaran peserta 26 Sept – 14 Okt 2011
  • Pengesahan pendaftaran 15 Oktober 2011
  • Pertandingan 16 – 25 Okt 2011
  • Penilaian 26 – 28 Okt 2011
  • Pengumuman pemenang 29 Oktober 201
7. Peserta hendaklah memastikan keaslian rekabentuk yang dicipta terpelihara. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta rekabentuk tersebut.

8. Setiap penyertaan rekabentuk yang diterima tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik pihak penganjur. Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggunakan secara bebas rekabentuk yang diterima.

9. Rekabentuk mestilah dihasilkan menggunakan hanya perisian AutoCAD (versi 2010 kebawah) atau perisian SolidWork (versi 2010 kebawah).

10. Lukisan perlu dihasilkan dalam lembaran lukisan berdimensi 297mm x 210mm (saiz A4).

11. Peserta perlu menyediakan satu (1) lukisan berorientasikan tiga (3) dimensi dengan pandangan isometrik.

12. Peserta adalah DILARANG untuk meletakkan “watermark” peribadi pada bahagian yang dilukis.

13. Peserta dikehendaki untuk meletakkan nama, nombor matrik, nombor kad pengenalan dan fakulti wakil kumpulan di penjuru atas sebelah kanan pada setiap lembaran lukisan.

14. Peserta perlu menyimpan lukisan tersebut dalam format standard perisian.

15. Peserta perlu menghantar salinan keras (hard copy) yang meliputi satu (1) pandangan isometrik, satu (1) unjuran ortografik pandangan ketiga dan satu (1) penerangan mengenai produk yang dihasilkan.

16. Penerangan meliputi kepada sebab penghasilan produk tersebut dari segi warna, bentuk, corak, dan ciri-ciri lain yang difikirkan perlu.

17. Peserta dikehendaki menyimpan fail lukisan di dalam sekeping cakera padat (CD).

18. Peserta perlu menyerahkan salinan keras (hard copy) dan salinan lembut (soft copy) di kaunter Pejabat Akademik FKMP selewat-lewatnya atau pada 25 Oktober 2011 (Selasa) sebelum jam 4.00 petang.

19. Proses mencantikkan rekabentuk dari segi warna, bahan, dan sebagainya adalah mengikut kreativiti peserta.

20. Rekabentuk WAJIB mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) logo Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) atau logo UTHM Johor.

21. Peserta TIDAK DIKEHENDAKI untuk membuat pembentangan rekabentuk yang dihasilkan.

22. Pihak penganjur juga mempunyai hak untuk mengubah suai rekabentuk yang dicipta oleh peserta.

23. Pemarkahan bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:

CIRI-CIRI

PERATUSAN MARKAH

Konsep

30%

Kreativiti

30%

Rendering*

20%

Susun atur

10%

Kekemasan

10%

JUMLAH

100%

*Rendering adalah proses menjana imej daripada model dengan cara program komputer.

24. Pemenang akan dihubungi melalui surat / telefon / e-mel dan penghebahan melalui laman web.

25. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

26. Pengunduran peserta/ahli kumpulan dalam pertandingan ini adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Peserta hanya dibenarkan untuk menukar ahli kumpulan/peserta setelah mendapat kebenaran daripada urusetia pertandingan.

27. Pihak urusetia berhak meminda mana-mana bahagian dalam syarat-syarat ini tanpa memaklumkan kepada peserta yang terlibat.

28. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

29. Pihak penganjur mempunyai hak untuk mengugurkan mana-mana penyertaan yang didapati melanggar mana-mana bahagian frasa yang disebutkan di dalam syarat-syarat ini.

30. Rekabentuk terbaik akan memenangi hadiah seperti berikut:
  • PERTAMA : Wang Tunai RM150 + Hamper + Trofi
  • KEDUA : Wang Tunai RM100 + Hamper
  • KETIGA : Wang Tunai RM75 + Hamper
31. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus berhubung terus dengan pihak penganjur pertandingan.

  • SITI NUR IZZATI BT MOHAMMED 013 593 0841
  • NOOR FAREEZA BINTI ABDUL LATIFF 014 671 0707
  • AZLAN BIN AHMAD azlan357@gmail.com

SEKIAN, TERIMA KASIH.